PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU JIKA ANDA ATAU ORANG AWAM TERLIBAT KEMALANGAN (TUNTUTAN INSURANS)
- hanifkamalmcis
- Nov 19, 2019
- 3 min read

1) BERHENTIKAN KENDERAAN DI TEPI JALAN
Sejurus berlaku kemalangan, sila berhentikan kenderaan di tepi jalan untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Jika kenderaan rosak dan tidak dapat dialihkan, sila letakkan `SEGI TIGA AMARAN’ untuk mengelakkan kenderaan tersebut dilanggar kenderaan lain. Jika kemalangan berlaku pada waktu malam, sila nyalakan isyarat amaran menggunakan lampu pada telefon bimbit anda.
2) TELEFON PIHAK BERKUASA SECEPAT MUNGKIN
Hubungi pihak berkuasa seperti ambulans dan pihak lebuhraya secepat mungkin untuk menyelamatkan nyawa bagi kemalangan yang teruk dan untuk tujuan mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Jika kenderaan tidak boleh dialihkan, sila hubungi hotline syarikat insurans anda bagi mendapatkan khidmat tow truck dari pihak insurans. Jangan sesekali memberi keizinan kepada ulat-ulat tow truck untuk membawa kenderaan anda ke bengkel mereke kerana sesetengah syarikat insurans hanya membayar tuntutan kerosakkan kenderaan yang di hantar ke `panel workshop’ sahaja.
3) ELAKKAN PERGADUHAN
Hindarkan diri daripada perbalahan untuk mengelakkan kita daripada kecederaan yang lebih serius. Selain itu, kita perlulah bersikap professional dalam menyelesaikan masalah yang di hadapi. Pergaduhan hanya akan mengeruhkan keadaan dan merugikan kedua-dua pihak.
4) DAPATKAN DETAIL KENDERAAN DAN PEMANDU YANG TERLIBAT KEMALANGAN
Ambil gambar setiap kenderaan yang terlibat dengan kemalangan sebagai bukti untuk tujuan tuntutan insurans. Dapatkan detail kenderaan seperti No. plat dan cukai jalan semua kenderaan yang terlibat dengan kemalangan. Tangkap gambar orang dan IC pihak yang terlibat dengan kemalangan supaya tidak berlaku penipuan semasa proses tuntutan.
Contoh penipuan yang biasa berlaku: A memandu kenderaan dan B adalah penumpang. A tidak mempunyai lessen memandu tetapi B mempunyai lesen memandu. Tiba-tiba kenderaan yang dipandu A terlanggar kenderaan C. Semua pihak bersetuju untuk membuat laporan polis tetapi semasa di balai polis A menafikan dia memandu kenderaan dan mengatakkan B yang memandu.
Jika mereka enggan memberi kerja sama, nyatakan kepada mereka di bawah seksyen 52 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987, anda mempunyai hak di sisi undang-undang sebagai orang yang dilanggar untuk mendapatkan details pihak yang melanggar.
Seksyen 52 (1) Akta Pengakutan Jalan 1987 menyatakan seperti berikut:
Kewajipan berhenti jika berlaku kemalangan
52. (1) “Jika dalam apa-apa hal, disebabkan adanya suatu kenderaan motor di sesuatu jalan, suatu kemalangan berlaku, pemandu kenderaan motor itu hendaklah berhenti dan, jika dikehendaki berbuat demikian oleh mana-mana orang yang mempunyai alasan yang munasabah bagi menghendaki sedemikian, memberikan nama dan alamatnya dan juga nama dan alamat pemunya dan nombor pendaftaran kenderaan motor itu”.
Selain itu dapatkan nombor telefon pihak yang melanggar atau dilanggar. Sebagai kepastian sila `miscall’ pihak terbabit untuk mengelakkan nombor telefon yang salah diberikan kepada anda.
5) AMBIL GAMBAR SEMUA KECEDERAAN PIHAK YANG TERLIBAT KEMALANGAN
Dapatkan gambar semua kecederaan yang dihadapi oleh pihak yang terlibat sebagai bukti sebagai tujuan tuntutan bagi pihak insurans.
6) AMBIL GAMBAR KAWASAN KEMALANGAN
Ambil gambar tempat kejadian untuk memudahkan proses tuntutan. Sila pastikan masa kejadian adalah tepat.
7) AMBIL GAMBAR SETIAP KEROSAKKAN YANG ADA PADA SETIAP KENDERAAN YANG TERLIBAT
Dapatkan gambar setiap sisi kenderaan yang terlibat untuk tujuan tuntutan insurans kenderaan sebagai bukti.
8) BAIKI KENDERAAN YANG ROSAK DI `PANEL WORKSHOP’ SAHAJA
JANGAN membaiki kenderaan anda yang rosak di mana-mana bengkel lain selain `panel workshop’ kerana sesetengah syarikat insurans hanya membayar `claim’ bagi kenderaan yang dihantar ke `panel workshop’ sahaja. Untuk mengelakkan pertikaian berlaku adalah lebih baik kita hantar kenderaan yang rosak kita ke `panel workshop’.
9) REPORT POLIS SECEPAT MUNGKIN
Sila buat laporan polis secepat mungkin untuk mengelakkan keraguan bagi pihak insurans. Pihak insurans akan bertanya tentang kelewatan membuat laporan polis. Jika sebab alasan yang di beri tidak mudasabah syarikat insurans akan mula curiga dan akan mengarahkan `adjuster’ untuk mengenal pasti punca utama kejadian kemalangan. Jika didapati anda menipu, tuntutan anda tidak akan dibayar dan anda boleh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
10) ELAKKAN MEMBAYAR KEPADA MANA MANA PIHAK
JANGAN membayar sebarang duit kepada mana-mana pihak yang terlibat kemalangan atas tujuan untuk menyelesaikan masalah atau `settle tepi’ untuk mengelakkan pihak tersebut mengambil keuntungan daripada kemalangan tersebut. Contoh situasi, A melanggar B. A tidak mahu memanjangkan kes ke balai polis dan membayar B sejumlah duit untuk mengelakkan B membuat tuntutan insurans A. B telah menerima duit daripada A dan B tetap membuat tuntutan insurans kecederaan daripada pihak insurans A. B telah mendapat keuntungan daripada kemalangan tersebut kerana telah mendapat duit daripada pihak A dan pihak insurans A.
11) CARI SYARIKAT GUAMAN YANG BETUL UNTUK TUNTUTAN INSURANS KECEDERAAN YANG ANDA HADAPI
Bagi proses ini pemilihan syarikat guaman adalah aspek yang paling penting untuk membuat tuntutan insurans kecederaan. Jika tersalah memilih peguam mungkin anda akan ditipu. Kajian yang teliti perlu dilakukan untuk mengelakkan penipuan berlaku. Sentiasa teliti dalam menandatangi borang2 yang dibekalkan oleh syarikat guaman. Jika perlu minta masa untuk membaca borang tersebut terlebih dahulu. Banyak factor yang perlu diteliti untuk pemilihan syarikat guaman.
*Jika anda dimasukkan ke hospital sila ingat Tarikh masuk dan keluar wad untuk memudahkan proses tuntutan insurans.
Comments